2009年7月12日星期日

MELINDUNGI TANAH AIR BUKIT KOMAN RAUB PAHANG

MELINDUNGI TANAH AIR, TANGGUNGJAWAB SEMUA.
R
AUB, OH….RAUB….
Daerah Raub terletak di Pahang Barat yang bersempadan dengan Negeri Selangor, Negeri Perak, Daerah Lipis di utara, Daerah Jerantut & Temerloh di timur dan Daerah Bentong di selatan. Keluasannya 1,455 Km persegi (266,883 hektar) dengan keadaan topografi yang berbukit bukau.

Daerah Raub mempunyai 3 DUN ( Tras, Dong & Batu Talam ) yng terdiri dari 7 mukim ( Tras, Gali, Dong, Ulu Dong. Sega, Semantan Ulu & Batu Talam ) dengan 37 JKKK. Mempunyai 3 kawasan Felda (Tersang, Lembah Klau & Krau 1 ). 2 kawasan RTP ( Sg.Chalit & Sg.Klau) dan 20 POS orang Asli.

Pada perangkaan 1999 kependudukkannya berjumlah 87,886 yang terdiri dari pelbagai kaum ( Melayu 40%, Cina 35%, India 15% dan lain-Lain termasuk Orang Asli 10%).Kegiatan utamanya ialah pertanian.

Daerah Raub mempunyai beberapa destinasi pelancongan yang agak terkenal seperti Bukit Fraser, Jeram Besu, Lata Jarum, Pulau Cekas, Lata Lembek & Lata Berembun.
WAHAI ANAK JATI BANDAR RAUB……..
Adakah saudara saudari tahu tentang isu yang tengah “HOT” di Bandar Raub? Semasa saya bersekolah di sekolah menengah, saya terbaca nama “BUKIT KOMAN, SEBUAH TAPAK PERLOMBONGAN EMAS YANG TERMAHSYUR DI TANAH MELAYU ” dalam buku sejarah, saya rasa amat bangga. Akan tetapi, sekarang saya rasa amat takut pulak! Raub-Australia Gold Mining menggunakan sejenis bahan kimia (cyanide) yang amat bahaya untuk “tangkap” emas dengan banyak dalam masa yang singkat!
CYANIDE (POTASSIUM CYANIDE) atau dipanggil “san ai” dalam bahasa cina merupakan serbuk putih, mudah meresap air dalam udara dan terurai. Penggunaan utamanya ialah dalam “penangkapan emas, perak”. Ia dikelaskan racun yang paling bahaya.
Kesan-kesan cyanide kepada alam sekitar:
(a) Merbahayakan kesihatan
Cara masuk ke dalam badan manusia :TERHISAP, TERMAKAN, MERESAP MASUK MELALUI KULIT. Apabila cyanide termasuk dalam badan manusia, ia akan terlekat pada sel, dan menghalang pernafasan sel. Ini akan menyebabkan keracunan. Jiaka termakan 50~100mg akan menyebabkan mati mendadak. Seseorang yang mati akibat cyanide mengalami 4 peringkat, (1) pernafasan yang cepat, dalam, kekurangan tenaga, sakit kepala. Jika termakan, lidah dan kerongkong kebas, pernafasan susah, tekanan darah meningkat, sel bawah kulit menjadi merah. (2) badan menggigil seperti penyakit sawan babi, pengsan, pernafasan lemah, (3) badan kebas, otot badan lembik, pernafasan berhenti, denyutan jantung berhenti, (4) mati.
Seseorang yang selalu terdedah dengan kandungan cyanide yang amat kurang, akan mengalami kelemahan mental, kurang selesa pada mata dan saraf pernafasan dan penyakit kulit.
(b) Cyanide amat tidak stabil dalam air bawah tanah. Apabila pH air melebihi 7, dan kehadiran oksigen, cyanide mudah terurai. Akan tetapi, penguraian ini bergantung kepada suhu air, kacauan air (pergerakan air), pH, luas permukaan air, kedalaman air (air dalam / cetek).

没有评论: